Penapis Air Antioksidan Beralkali Biocera


 
Bukan Sekadar Air Tetapi Air AA!

Dr. Ragner Berg dari USA, menyarankan pengambilan makanan harian yang berasaskan alkali adalah 80% manakala selebihnya iaitu 20% adalah berasaskan asid untuk kesihatan yang optimum. Ini adalah kerana nilai pH darah manusia adalah sedikit beralkali, iaitu nilainya diantara 7.35 – 7.45 maka pemakanan kita sepatutnya juga demikian. Pemakanan yang kaya dengan hasil metabolik yang berasid seperti daging, makanan diproses, dan alkohol akan merubah nilai pH ini serta akan menggalakkan kehilangan garam galian penting seperti kalium, magnesium, kalsium, dan sodium untuk memastikan keseimbangan badan tetap dijaga. Ketidakseimbangan yang berpanjangan, dipercayai menjadi punca penyakit.

Dr. Jeon Hyoung Tag, salah seorang saintis terkemuka di Korea, menyarankan pengambilan AIR ANTIOKSIDAN BERALKALI, untuk mengimbangkan pH tubuh, meneutralkan radikal bebas yang berbahaya supaya perlindungan kesihatan dapat dimaksimakan.

Sistem Penapisan Air Antioksidan Beralkali BIOCERA

Sistem penapisan air antioksidan beralkali BIOCERA ialah kajian selama 10 tahun oleh Dr. Jeon Hyoung Tag. Dengan penggunaan Bebola Seramik BIOCERA yang telah dipatenkan dimana bebola seramik ini diperbuat daripada berbagai bahan² seramik yang mempunyai fungsi tersendiri. Bebola seramik BIOCERA ini boleh menyingkir bendasing air, mikro-organisma, sisa² bahan kimia, logam berat, sementara membebaskan antioksidan dan mineral yang memberi manfaat kepada kesihatan.

Sistem penapisan air antioksidan beralkali BIOCERA diperakui secara rasmi oleh US Food and Drug Administration (USFDA) dan The Water Quality Association (WQA). Sistem penapisan ini juga merupakan sistem penapisan air yang pertama di dunia menerima pengiktirafan daripada The Korean Food and Drug Administration (KFDA) sebagai alat medikal yang membekalkan air beralkali (nilai pH 8.5-9.5) serta kaya dengan antioksidan. Ditambah lagi dengan gugusan airnya yang lebih kecil (51.497Hz) daripada air biasa, air ini membantu menghidrat sel² dengan lebih berkesan.

"Minumlah Air Antioksidan Beralkali BIOCERA untuk lebih sihat ke arah generasi akan datang" - Dr. Jeon Hyoung Tag

Air – Keperluan Kehidupan

70 % daripada tubuh manusia adalah air. Kita boleh hidup berminggu² tanpa makanan tetapi tidak dengan air, kita hanya mampu bertahan hanya beberapa hari sahaja. Ini menunjukkan air adalah sumber yang sangat penting untuk meneruskan kehidupan. Kebanyakkan pakar kesihatan menyarankan pengambilan air sekurang²nya sebanyak 2 liter sehari untuk kesihatan yang optima. Bagaimanapun, dengan pesatnya pembangunan di merata tempat, ini sedikit sebanyak telah menyumbangkan kesan terhadap kualiti air dan seterusnya kesan air tersebut terhadap kesihatan kita. Ini kerana kualiti bekalan air sekarang terjejas akibat dicemari ataupun dirawat oleh bahan kimia. Dipercayai kualiti air yang rendah ini akan memberi kesan yang buruk terhadap kesihatan apabila kita bergantung dengan sumber bekalan air ini semata².

Radikal Bebas

Radikal bebas adalah molekul yang terhasil apabila makanan diproses oleh sel tubuh untuk mendapatkan tenaga, atau daripada persekitaran seperti asap tembakau, pencemaran udara, bahan kimia dan radiasi. Radikal bebas ini sangat aktif dan tidak stabil, untuk menjadi stabil, radikal bebas ini akan ‘mencuri’ elektron daripada sebatian lain, seterusnya menghasilkan radikal bebas lain yang boleh mengakibatkan kerosakkan oksidasi. Para penyelidik mengaitkan kerosakkan sel² tubuh disebabkan oleh radikal bebas ini dengan masalah kesihatan seperti penyakit kardiovaskular, barah, arthritis, penyakit ginjal, katarak, diabetis dan lain².
Radikal Bebas
Antioksidan

Antioksidan adalah bahan ataupun khasiat makanan yang akan mengurangkan atau mengelakkan kerosakkan oksidasi disebabkan oleh radikal bebas, dengan memberi perlindungan oksidasi terhadap tubuh. Antioksidan bersumberkan makanan seperti Vitamin C, E, Beta kerotin, selenium, ion hidrogen meneutralkan dan menjadikan radikal bebas tidak merbahaya kepada tubuh. Menurut Persatuan Diatetik Amerika, antioksidan berperanan dalam meningkatkan fungsi imun dan mengurangkan risiko barah serta jangkitan.

Peneutralan Radikal Bebas oleh Air Antioksidan Beralkali BIOCERA

Hidrogen aktif dihasilkan oleh penapis antioksidan beralkali BIOCERA, hidrogen aktif ini adalah antioksidan yang boleh meneutralkan radikal bebas.
Peneutralan

Faedah² Air Antioksidan Beralkali BIOCERA:

Menyingkirkan bahan² metabolik berasid daripada sel² tubuh.

Membekalkan garam mineral menyokong kesihatan seperti kalsium, kalium, sodium, magnesium kepada tubuh.

Mengandungi ion hidrogen aktif sebagai sumber antioksidan.

Mengandungi gugusan molekul air yang kecil (51.497 Hz), dapat menghidrat tubuh tiga kali ganda daripada gugusan air biasa.

Memudahkan penyerapan khasiat makanan dengan lebih berkesan.

Menggalakkan kesejahteraan hidup dengan membantu menyeimbangkan nilai pH tubuh.

0 comments:

Post a Comment