Apa itu GOUT?

INFO MENGENAI MASALAH PENYAKIT GOUT




Istilah "gout" berasal daripada perkataan Latin, "gutta" yang bermakna 'setitis', disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan. Kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout sebenarnya boleh dikawal. Secara umumnya ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

Penyakit gout ialah salah satu bentuk arthritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi, atau akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Keadaan ini adalah disebabkan oleh metabolisma tubuh sesaorang yang tidak normal. Mereka yang mengalami gout ini biasanya adalah mereka yang menghasilkan terlalu banyak urik asid atau mereka yang menghadapi kesukaran mengeluarkan asid urik dari tubuh mereka. Terdapat beberapa kemungkinan yang berpunca dari akibat pengumpulan dan pemendakan asid urik tersebut, ia itu gout arthritis yang parah, batu ginjal, dan pemendapan asid urik (tophi) di dalam kulit atau tisu tubuh. Gout boleh berlaku tanpa lain-lain komplikasi (primary gout) atau mungkin juga berhubungan atau ada kaitan dengan masalah kesihatan lain atau perubatan (secondary gout).

Sesaorang yang di katakan mengidap gout arthritis ini adalah mereka yang biasanya mengalami bengkakan sendi, kemerah-merahan dan sedikit rasa panas. Diagnosis yang dilakukan adalah dengan mengenal pasti kristal asid urik (monosodium urate) dalam cairan sendi berkenaan. Kristal tersebut mungkin sudah berkumpul sejak beberapa tahun dalam sendi berkenaan, yang menyebabkan radang. Serangan gout arthritis boleh menyebabkan kerosakan sendi yang menjadi punca arthritis yang kronik.

Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki.

0 comments:

Post a Comment