Debat Air RO & Air Alkali Baiklah saya terima air RO baik untuk pesakit buah pinggang. Adakah anda ingin mengatakan air yang kaya mineral dan beralkali tinggi langsung tidak bagus...
Khasiat Air Alkali Ni ader skit info tentang Khasiat Air Alkali dan ianya FAKTA:-   Tubuh badan manusia mempunyai PH 7.4 pada darahnya. Apabila, PH 7.4 ini tidak dapat dikekalkan,...




Sekilas pandang tentang Gout dan Hyperuricemia (peningkatan paras asid urik dalam darah)
  • Gout arthritis yang menyakitkan adalah disebabkan oleh pemendapan asid urik yang membentuk kristal di tisu-tisu sendi.
  • Risiko untuk menghidap gout dan peningkatan paras asid urik dalam darah (hyperuricemia) selalunya dikaitkan dengan faktor warisan.
  • Gout dan hyperuricemia boleh menjadi semakin buruk dengan kegemukan, pertambahan berat badan, pengambilan alkohol, tekanan darah tinggi, fungsi buah pinggang yang tidak normal dan beberapa ubat-ubatan.
  • Serangan Gout arthritis akan menjadi lebih parah dengan dehidrasi, kecederaan, demam, makan terlalu banyak, pengambilan alkohol yang berlebihan, pembedahan dan sebarang kesan trauma.
  • Ujian diagnostik yang paling berkesan terhadap gout adalah dengan mengenalpasti kristal yang berada di sendi, cairan tubuh dan juga di tisu.
  • Rawatan bagi serangan gout sendi adalah berlainan dari rawatan bagi hyperuricemia. Terdapat dua konsep yang sangat mustahak bagi merawat gout. Pertama, adalah dikira sangat mustahak dan kritikal untuk menghilangkan radang yang teruk pada mana-mana bahagian yang diserang. Kedua, adalah sangat penting untuk memikirkan rawatan jangka panjang, bagi mengelak risiko serangan berulang gout dan pemendapan kristal tophi gout.
Ciri Wajib
Pesakit yang menghidap gout mengalami peningkatan aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik, atau gabungan kedua-duanya sekali. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita yang sihat lumrahnya membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Namun bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dapat dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, Hiperlipidemia Jenis IV, kencing manis, penyakit jantung iskemia, dan darah tinggi. Kadang-kala, gout merupakan penyakit keturunan.
INFO MENGENAI MASALAH PENYAKIT GOUT




Istilah "gout" berasal daripada perkataan Latin, "gutta" yang bermakna 'setitis', disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan. Kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout sebenarnya boleh dikawal. Secara umumnya ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

Penyakit gout ialah salah satu bentuk arthritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi, atau akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Keadaan ini adalah disebabkan oleh metabolisma tubuh sesaorang yang tidak normal. Mereka yang mengalami gout ini biasanya adalah mereka yang menghasilkan terlalu banyak urik asid atau mereka yang menghadapi kesukaran mengeluarkan asid urik dari tubuh mereka. Terdapat beberapa kemungkinan yang berpunca dari akibat pengumpulan dan pemendakan asid urik tersebut, ia itu gout arthritis yang parah, batu ginjal, dan pemendapan asid urik (tophi) di dalam kulit atau tisu tubuh. Gout boleh berlaku tanpa lain-lain komplikasi (primary gout) atau mungkin juga berhubungan atau ada kaitan dengan masalah kesihatan lain atau perubatan (secondary gout).

Sesaorang yang di katakan mengidap gout arthritis ini adalah mereka yang biasanya mengalami bengkakan sendi, kemerah-merahan dan sedikit rasa panas. Diagnosis yang dilakukan adalah dengan mengenal pasti kristal asid urik (monosodium urate) dalam cairan sendi berkenaan. Kristal tersebut mungkin sudah berkumpul sejak beberapa tahun dalam sendi berkenaan, yang menyebabkan radang. Serangan gout arthritis boleh menyebabkan kerosakan sendi yang menjadi punca arthritis yang kronik.

Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki.
  Berikut adalah pendapat-pendapat pakar mengenai khasiat dan kebaikan air alkali. 1. Sang Whang,Pengarang Buku : Reverse Aging (Melawan Penuaan) Sisa pembakaran harus dikeluarkan dari tubuh kita, secara alamiah tubuh...
  Bukan Sekadar Air Tetapi Air AA! Dr. Ragner Berg dari USA, menyarankan pengambilan makanan harian yang berasaskan alkali adalah 80% manakala selebihnya iaitu 20% adalah berasaskan asid untuk kesihatan...
Peranan Air 9/10 daripada badan manusia adalah terdiri daripada air. Manakala 90% daripada air adalah kandungan oksigen. Kandungan air dalam organ badan: * Darah = 82% * Otot-otot = 75% *...